KERATAN DARI METRO
" “Walaupun sudah memeluk Islam, saya tetap pulang ke kampung halaman di Muar, Johor, untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga.
“Ini kerana saya berpegang kepada biar apa pun kepercayaan kita, jangan buang keluarga kerana air yang dicincang tidak akan putus,” kata Yeo Wee Kiet, 23, yang menjadi saudara baru, sejak lima bulan lalu.
Yeo kini menuntut dalam jurusan industri bioteknologi di Universiti Selangor (Unisel) berkata, ini kerana perbezaan agama antara dia dan keluarganya tidak boleh dijadikan alasan untuk hubungan mereka renggang.
“Saya tidak melupakan keluarga walaupun menjadi saudara baru dan mereka kini dalam proses untuk menerima keputusan saya yang memilih Islam.
“Lebih penting, saya berpegang kepada Islam dan mereka juga tahu batas agama seperti tidak boleh disajikan makanan tidak halal dan minuman keras,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pusat Bandar Melawati, di sini, semalam. "
God loves the pious rich person who is inconspicuous. (Muslim) ((^_^)v)
No comments:
Post a Comment